Wednesday 5 October 2011

Warkah Buat Sahabat

Salam sayang buat sahabatku yang disayangi kerana Allah. Bertemunya kita kerana mengejar impian kerana  Allah demi  membangunkan umat.Berkenalannya kita dengan izin Allah yang Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui setiap hikmah yang terkandung dibalik sebuah pertemuan itu. Perkenalan juga pasti disulami dengan pertelingkahan, salah faham dan sebagainya. Namun itulah yang mematangkan kita dalam melayari layar kehidupan.Perkenalan yang memberi seribu  satu  hikmah yang  tidak mampu untuk diungkapkan. Jika ditanya pada siapa pun tidak ada yang sanggup untuk melalui episod perpisahan itu. Tapi kita harus berlapang dada kerana itulah matang.Perkenalan aku dgn dirimu amat memberi kesan padaku. Denganmu aku cuba untuk menyesuaikan diri dan positifkan diri agar kau tidak merasai wujudnya perbezaan yang besar antara dirimu dan orang seperti aku. Mungkin kau rasai mungkin juga tidak. Berusaha untuk mendepani sahabat seperti mu sangat mencabar. Aku berusaha untuk memahami dirimu jua cara pemikiranmu. Mungkin kita memang ada perbezaan tetapi ingatlah jangan cuba nafikan titik persamaan tetap wujud antara kita semua. Pengalaman suka duka kita bersama sematkan dalam hati, kuncikan dan buang kunci tersebut sejauh mungkin agar kau tidak pernah melupakan episod kita bersama. Persahabatan kita semua amat berharga. Kita diuji dengan keegoaan diri, kematangan diri dan tahap keakraban yang tinggi.  Keakraban juga menjadi ujian buat kita kerana apabila berlaku perselisihan amat sukar untuk kita mendepaninya. Aku cuba bersikap adil untuk tidak menghukum kau atau yang lain sebelum diketahui keadaan sebenar. Tetapi aku akui kau tidak menyedari hal itu. Terkadang salah faham dan perselisihan yang berlaku  mampu mengukir kenangan yang indah dan sukar untuk diluputkan daripada kotak memori.


Mungkin ya kita semua tidak sama,
Mungkin ya kita berbeza,
TAPI kamu tidak tersalah masuk rumah,
Andai rumah yang kamu masuk ini adalah salah,
Ia adalah takdir,
Takdir ujian dari Allah,

Namun,bagiku KITA semua tidak salah masuk RUMAH,
Aku,kamu...KITA semua tidak salah masuk RUMAH,
KITA semua memang ditakdirkan untuk berada didalam satu RUMAH,
RUMAH yang mempunyai 1 PINTU,
Iaitu PINTU hati kita yang bersatu dan menyatu.

Tapi KITA masih tidak berjaya untuk betul-betul bersatu dan menyatu,
Mungkin ukhuwah KITA belum betul-betul settle,
Mungkin KITA masih dalam alam perkenalan,
Mungkin KITA perlu saling memahami diri masing-masing,
Mungkin KITA perlu lebih bertolak ansur,
Mungkin KITA masih perlu untuk mengenali sesama KITA dengan lebih mendalam,
Mungkin KITA masih perlu meneruskan taaruf hidup yang panjang,
Demi ukhuwah KITA.

Semoga KITA dapat mencari PINTU untuk kita bersatu dan menyatu pada 1 PINTU,
1 PINTU sebagai laluan masuk ke dalam RUMAH yang betul.

Sesungguhnya,ukhuwah yang tertinggi KITA adalah ITSAR(melebihkan sahabat daripada diri sendiri).


Akhir kalam,semoga ukhuwah yang terbina antara KITA semua kekal abadi selamanya walau terpisah dua benua.Ukhuwah fillah Abadan abada...^_^

Special For:Nisa Anis

1 comment:

  1. thanks sahabat .. awak buat saya rasa nak nangis je .. huhu .. apa2 pun saya bersyukur sangat mempunyai sahabat seperti korang semua .. tanpa korang , mungkin saya masih terkapai2 dalam dunia sendiri .. terima kasih kerana korang sudi berkawan dengan insan seperti saya .. yang mempunyai banyak kekurangan tentang ilmu islam .. kerana korang , saya kuat .. kerana korang saya berjaya kawal hati saya daripada terus hanyut dengan cinta duniawi .. kerana korang saya berjaya mengawal diri saya daripada terus mendengar bisikan2 syaitan .. peribadi korang membuatkan saya kagum dengan korang .. terima kasih sahabat .. :) saya harap korang akan terus memeberi sokongan kepada saya .. memeberi nasihat kepada saya walaupun kita berjauhan ..

    ReplyDelete