Saturday 17 December 2011

Ikhlas



Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak mengharapkan pujian dan tidak tenggelam dalam pujian.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak pernah rasa terbeban terhadap sesuatu yang dilakukan.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak pernah mengharapkan ganjaran daripada manusia.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak pernah berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak pernah mengeluh apabila melakukan sesuatu.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak pernah mengharapkan orang mengetahui keikhlasannya.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia sentiasa akan bercakap sedikit dan banyak melakukan kerja.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa jawatan.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak pernah ingin dikenali kerana pekerjaannya.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia tidak pernah mengharapkan orang lain menyukai hasil kerjanya.
 Tanda orang itu ikhlas,
Dia sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah.
Tanda orang itu ikhlas,
Dia hanya tersenyum gembira melakukan semuanya kerana Allah.

P/s :  Jika kamu mahu mengetahui di manakah dirimu di sisi Allah SWT,
         maka lihatlah di mana kamu letakkan Allah SWT di dalam dirimu.
         ~ Hilal Asyraf of LangitIlahi.