Monday 25 July 2011

Terjah Hati

Saat ku diterjah dunia kesibukan
Masa pantas dikejar
Waktu dimanfaat sebaik  mungkin
Namun,terkadang atmaku berbisik
Rindu pada keluarga tercinta makin terasa
Menitis air mata ku
Tidak tertahan lagi kelopak mata
untuk menanggung beban di atasnya
Terkadang aku terasa
bagai mahu lari sebentar dari dunia
Penuh kesibukan ini
Metah ku berfikir
Ini amanah buatku
Satu pengalaman mematangkan diri
Jua sebagai bekalan masa hadapan
Pantas ku sematkan dalam jiwa
Ini adalah tarbiyah yang berharga buatku
Tarbiyah untuk mencekalkan hati seorang hambaNya.

Sayu


Kotak mindaku walah
Atmaku kesepian
Kesayuan
Saat ini
Amat berat untukku mengukir
Walau segaris kuntum senyuman
Yang ikhlas dari
nubari
Ya Allah...
Aku tidak mengerti apakah
Beban yang memberati
 benakku ini
Mereka menegur
Apakah aku punya bebanan
Aku membisu
Bisu bukan kerana berselindung
Tetapi aku bisu kerana aku juga
tidak mampu menceroboh
Masalahku sendiri
Duhai diri...
Jangan terlampau terbeban dengan
amanah yang mendatang
Tapi sambutlah dengan ukiran
Senyuman yang ikhlas dari lubuk hati

Thursday 21 July 2011

Diriku Bukan Yang Terbaik


Aku tahu,aku memang bukan yang terbaik.Malah mungkin juga perkataan ‘baik’ itu tidak wujud dalam segenap ruang dalam hidupku.Aku juga seperti insan lain,yang sentiasa mengharapkan perhatian manusia,yang sentiasa mengharap tunjuk ajar mereka.Namun aku bukan mengharapkan sepenuh perhatian mereka diberikan padaku.Aku hanya mahukan mereka sentiasa prihatin terhadapku,supaya mereka sentiasa dapat menegur setiap salah laku ku.Aku tidak mahukan orang lain mencemuh diriku,kerana kesilapanku yang kecil.Sedikit pun aku tidak pinta untuk jadi seperti ini,menjadi seorang manusia yang sedikit pun tidak memberi manfaat kepada masyarakat,menjadi seorang manusia yang tidak pernah memikirkan kemaslahatan masyarakat.Aku tidak pinta ini semua.Namun mungkin masa lalu ku telah mencorak kan diriku sekarang.


Aku juga seperti insan lain,yang sentiasa mengharapkan redha penciptaNya.
Aku juga seperti insan lain,imanku ada turun naiknya.
Aku juga seperti insan lain,yang tidak sempurna.
Aku juga seperti insan lain,yang kadang-kadang leka di ulik keenakan dunia.
Aku juga seperti insan lain,yang sering diuji ketaqwaannya.
Aku juga seperti insan lain....
Mungkin dari segala aspek,aku seperti insan lain.


Jangan kau hina diri ini,jangan kau cemuh diri ini,andai diriku melakukan kesalahan,andai diriku lalai dalam mengharungi kehidupan.Tetapi,bimbinglah aku.Bimbinglah aku menjadi seperti kalian.Bimbinglah aku.


Agar aku bisa menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat.
Agar aku bisa turut serta dalam perjuangan kalian.
Agar aku juga tergolong dalam golongan yang menegakkan agama Allah.
Agar aku juga sentiasa diredhai oleh Allah.
Aku ingin sekali menjadi seperti kalian.
Insan-insan yang sentiasa dikasihi oleh Allah.
Insan-insan yang sentiasa dirahmati oleh Allah.
Insan-insan yang sentiasa tenang hatinya.
Insan-insan yang sentiasa menegakkan panji-panji Islam.

Aku mohon pada kalian,bimbinglah aku menjadi seperti kalian.Agar aku juga menjadi semulia diri kalian.Aku mohon..Dengarlah rintihan hatiku ini wahai insan-insan mulia penegak panji-panji Islam.Aku memang bukan yang terbaik,namun aku sentiasa cuba untuk menjadi yang lebih baik.

p/s:hanya sekadar coretan untuk renungan bersama. :)