Tuesday 18 October 2011

Puisi Kasih



Kedinginan malam,
Menyapa hati,
Untukku ukir,
Sesuatu buat dirimu.

Setiap bait kata,
Moga kau halusi,
Agar terungkap hikmah,
Tertunai hasrat.

Dirimu bak permaisuri,
Terpelihara di singgahsana,
Taat perintah Ilahi,
Idaman putera beriman.

Dirimu permata hati kami,
Walau bergolak badai melanda,
Kau tetap dihati,
Kesayangan abah umi.

Ku layangkan bait kata ini,
Buat tatapan dirimu,
Dengan lafaz tulus dari nubari,
'Selamat Hari Lahir Adikku'


Khas buat adik tersayang MADIHAH sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 15 ^_^


3 comments:

  1. selamat ulang tahun kelahiran buat adik awak :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah,kalau ada rezeki :p Janjimu jangan lupa..3 bulan lagi..kui3

    ReplyDelete