Saturday 15 October 2011

Untukmu ABAH.

Sekadar coretan biasa yang telah dilakarkan khas buat abah yang tersayang beberapa bulan lepas,sempena 

HARI BAPA  ^_^ .



Masih terukir di kartus minda,
Wajah ikhlas itu mendakapku bahagia,
Berbaur rasa antara syukur dan gembira,
Menyambut kelahiranku dengan kalimah Ilahi.

Masihku ingat di masa kecilku,
Seringkali aku merengek tidak bertempat,
Dia tetap melayani penuh kesabaran,
Mengajar aku erti kehidupan.

Kini aku di menara gading hasil penat lelahnya,
Tidak lokek mendidik tidak jemu mencari rezeki,
Walau diri sering diuji tetapi dia gagahkan jua,
Demi memenuhi hasrat hati putera puterinya.

No comments:

Post a Comment