Sunday 1 May 2011

^Melodi Hati Seorang Kakak^














Wahai adikku sayang,
Kini tiba masanya untuk kau melangkah ke alam realiti,
Disitu kau akan tahu pahit manis sebuah kehidupan,
Perjalanan yang penuh onak duri atau hamparan permaidani merah.

Wahai adikku sayang,
Buatlah pilihan yang terbaik,
Demi agama,bangsa dan negara,
Jua ibubapa kita yang tercinta.

Wahai adikku sayang,
Dalam perjalanan itu akan kau temui lawan dan juga kawan,
Akan kau tempuh pelbagai mehnah dan tribulasi,
Jangan sesekali kau mengalah.

Wahai adikku sayang,
Andai kau rebah tidak berteman,
Aku sentiasa ada untukmu,
Menemani melalui ranjau ini.




Wahai adikku sayang,
Kau menjadi permata hati kami,
Menjadi inspirasi kakak dan adik-adik mu,
Jua kebanggaan buat ibubapa kita.

Wahai adikku sayang,
Mungkin seringkali kita bertingkah sesama sendiri,
Bermasam muka tidak bertempat,
Namun ketahuilah bak katamu 'kita sedang bahagia'.

Wahai adikku sayang,
Kakakmu amat mengagumi dirimu,
Walau diri ini tidak pernah menyatakannya,
Hatiku selalu berbisik demikian.

Wahai adikku sayang,
Walau apa pun yang terjadi,
Walau kita terpisah selautan api,
Aku akan tetap menyayangimu ADIKKU.


Wahai adikku sayang,

No comments:

Post a Comment